Secretariat Chairmaní»s Speech



YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Bin Abang Shokeran
"We carry a noble mission: We bring order out of chaos and instill the spirit of Daring Changes Create Miracles."
Perubahan langit kepimpinan negara meletakkan harapan rakyat untuk merubah masa depan negara yang lebih cemerlang. Semangat juang yang dimiliki seekor helang menjadi suri teladan bagi semua entiti termasuklah sektor korporat. Sejak akhir-akhir ini, terdapat terlalu banyak aktiviti perniagaan superfisial yang wujud dalam pasaran. Kepimpinan negara yang baharu memberikan keyakinan yang tinggi kepada rakyat, dan pemain dalam sektor perniagaan sedar bahawa masa yang terbaik untuk melakukan perubahan dalam dunia korporat sudah pun tiba.

Oleh hal yang demikian, dengan pelbagai misi yang murni, SAHABAT SMI Consulting Sdn. Bhd. dengan kerjasama majalah Dewan Ekonomi menganjurkan acara berprestij Anugerah LANG INTERNATIONAL CORPORATE TITAN AWARDS 2018. Terdapat tiga misi utama penganjuran anugerah berprestij ini, iaitu:
(a)    Pertama, mengelakkan sebarang huru-hara yang berlaku mutakhir ini, yang melibatkan hal-hal yang palsu, seperti doktor falsafah (PhD) palsu, gelaran “Datuk” palsu, skim cepat kaya dan banyak lagi.
(b)    Kedua, menanamkan semangat untuk berubah dengan berani mencuba keajaiban dalam kalangan usahawan.
(c)    Ketiga, mewujudkan integrasi sumber dan kemenangan bersama yang cemerlang dalam kalangan usahawan.

Perkataan “lang” diambil daripada kependekan kata “helang” dalam bahasa Melayu yang merujuk burung helang yang sinonim dengan “kegagahan”. “Lang” mewakili semangat anugerah yang mengiktiraf para pemenang sebagai peneraju dalam industri yang diceburi oleh mereka. Seperti kata pepatah, “semua burung mencari perlindungan semasa hujan, tetapi helang mengelakkan hujan dengan terbang di atas awan.” “Lang” juga merujuk Pulau Langkawi yang bukan sahaja terkenal sebagai sebuah pulau yang indah dan sarat dengan kisah legenda Mahsuri, bahkan pada hari ini, Langkawi memainkan peranan yang memberangsangkan dengan lakaran sejarahnya kerana dibangunkan sebagai sebuah pulau bebas cukai oleh negarawan kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebanyak 40 anugerah telah diberikan pada LICTA pada tahun ini. Penganugerahan ini menjadi simbol pengiktirafan kepada perusahaan dan usahawan yang dikaitkan dengan aspek kecemerlangan, ketulenan dan boleh dipercayai. Sekretariat jawatankuasa pemilihan membuat penilaian yang komprehensif bagi memastikan semua pemenang yang layak dipilih mampu memenuhi kriteria penganugerahan. Ketelusan penilaian dipantau dengan teliti oleh juruaudit bebas yang eksklusif, yakni firma audit global terkemuka, iaitu ECOVIS AHL PLT.

Terdapat rungutan daripada beberapa syarikat popular dan terkemuka yang pernah memenangi anugerah lain tetapi tidak memenanginya pada penganugerahan kali ini menyatakan rasa kurang senang dan tidak puas hati mereka, malahan ada juga yang berhasrat memboikot penganjur. Namun begitu, pihak sekretariat jawatankuasa pemilihan ingin  menegaskan bahawa kami tidak mahu berkompromi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penganugerahan ini mahu mengangkat perusahaan dan usahawan sejajar dengan nama anugerah ini dan hanya mereka yang cemerlang, tulen dan dipercayai sahaja yang diiktiraf.



Switch To Desktop Version